Sunday 11 October 2009

Salam dari Mesir

Catatan Perjalanan
(Umrah & Ziarah Cairo, Mesir)

Angan-angan untuk umrah & ziarah sekeluarga tersemat sejak anak-anak halus lagi. Baru sekarang tercapai, alhamdulillah sangat!

Kami sekeluarga menunaikan umrah & ziarah Cairo(Kaherah) melalui Punsu Travel. Agensi ini dari Teluk Intan je, senanglah nak datang kursus atau untuk urusan-urusan lain.


30hb Mei 2009.
Jemaah dari agensi ini ke KLIA dengan bas yang disediakan. Bersama dalam satu agensi ialah keluarga Teacher Hajjah Mardiah. Kami terbang dari KLIA melalui Bangkok terus ke Cairo. Keseluruhan jumlah masa penerbangan mengambil lebih kurang 10 jam. Bosan jugalah rasanya, al maklum tidak bebas bergerak untuk jangka masa yang lama.








Sampai di Cairo pada jam 5 pagi waktu Mesir. Udaranya dingin nyaman, rasa macam kat Cameron Highlands la pulak.


Selesai meletakkan beg di asrama tetamu University al-Azhar (tempat penginapan selama di Mesir), kami memulakan lawatan ke Masjid Salahuddin al-Ayyubi. Beliau ini berbangsa Turki, yang bertanggungjawab menyebarkan Islam di Bumi Mesir dan beberapa Negara lain lagi.

Selama empat hari di sana kami di bawa ke Iskandariah, Piramid, maqam Nabi Daniel, Luqman al-Hakim dan Saidina Husin cucunda Rasulullah dan beberaba tempat lagi.

31hb Mei 2009.
Kami diarahkan berkumpul jam 6 pagi. Awal ye? Sebenarnya tidaklah awal kerana matahari di sana terbit jam 5 pagi (Subuh jam 4 pagi). Ini adalah kerana time tu adalah awal musim panas, so siangnya lebih panjang. Kita belajar geo macam tu kan?


Pada hari itu kami di bawa ke Iskandariah, 3 jam perjalanan dengan bas dari Cairo.Bandar yang terletak di tepi laut Mediternean ini di jajah Rome selama ratusan tahun, tidak hairanlah jika seni binanya seperti seni bina Rome.












Pantai Iskandariah yang cantik, airnya jernih dan berbatu.

1 hb Jun 2009.
Kami dibawa ke pyramid. Kami sampai pada jam 10 pagi. Cuaca panas berbahang tidak dihiraukan oleh anak-anak. Masing-masing tak penat berposing sakan…
Ada juga gerai cenderamata di situ tapi tak ramai yang membeli, tak tau la kenapa. Masing-masing dah sembahyang hajat di Malaysia supaya tak gila shopping kot…






Selepas itu kami ke Kilang Kristal Asfour pula..














Mak aaii.. seronoknya melihat kemilau cahaya kristal di sana sini.. Lampu chandelier, perhiasan wanita, perhiasan rumah..sume ada. Pilih saja yang mana satu. Ramailah yang membeli perhiasan kecil..jadilah untuk tandamata..


2hb Jun 2009.
Penerbangan ke Jeddah pada jam 11 malam.
Sebelum itu kami dibawa menyusuri Sungai Nil yang terkenal dengan sejarahnya. Ingat tak lagi cerita Nabi Musa dihanyutkan oleh keluarganya kerana takut dibunuh oleh Firaun? Kalau tak berapa ingat kena cari sumber lain la untuk refreshment.


Sekian, terima kasih kerana sudi singgah di blog kak pah. Catatan di Madinah & Mekah akan menyusul.
Assalamualaikum.